About

Isnin, 30 Mei 2011

PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN DAN UNIFORM SEKOLAH DIBAWAH NKRA ANJURAN PENYELARAS DUN MANIR DENGAN KERJASAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT


Oleh Azrie Putera (APMT DUN Manir)

Manir 13 Januari 2011



Tarikh : 13 Januari 2011 (Khamis).
Masa : 2.00 Petang.
Tempat : Dewan Komuniti Pulau Bahagia.
Dirasmikan oleh : Y.Bhg. En. Yusof bin Awang Hitam
(Pegawai Pembangunan DUN Manir).
































HULU TERENGGANU HARI INI

PROGRAM 1 HARI 1 MALAM YAB. DATO' HAJI AHMAD BIN SAID, MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA RAKYAT DUN MANIR


Oleh : Azrie Putera (APMT DUN Manir
)

Manir - 18 Jun 2010

DUn Manir telah mencipta sejarah mengadakan program 1 hari 1 malam YAB. Menteri besar bersama rakyat di DUN Manir,
Program ini melibatkan seluruh JKKK yang ada dalam DUN Manir yang berjumlah 20 buah JKKK. Program ini adalah cetusan idea dari Pegawai Pembangunan DUN Manir iaitu Y.Bhg. En. Yusof bin Awang Hitam. Beliau merangka program ini untuk menyampaikan mesej pada rakyat di DUN Manir bahawa YAB. Menteri Besar yang ada sekarang merupakan seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat, yang sentiasa perihatin dengan masaalah rakyat, maka sesuailah dengan cogankata "MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN".



Dalam Program ini banyak Jabatan yang terlibat dalam memberi sumbangan, sungguh membanggakan buat warga DUN Manir. Dan in merupakan satu penghormatan yang tak ternilai buat DUN Manir dalam menjayakan satu program yang begitu hebat.

Program ini juga menampakan satu kelainan, kerana ianya berkonvoi dari satu kampung ke satu kampung dengan di iringi oleh permuda bermotor yang berjumlah sebanyak 200 buah motorsikal dan pertubuhan PERKIDA, juga turut mengiringi YAB. Menteri Besar dengan Ahlinya seramai 200 orang, dan pihak RELA Mukim Manir juga tidak ketinggalan mengiringi YAB. Menteri Besar.

Perasmian Program dilaksanakan di Kampung Binjai Manis dalam Peti Pujuk sebagai tuan rumah bagi memulakan program ini.

Berbagai aktiviti diadakan seperti gotong-royong memasang atap rumah penduduk setempat yang disumbangkan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Pembangunan DUN Manir. Segala aktiviti yang dibuat boleh dikatakan seluruh JKKK dalam DUN Manir terlibat bagi menceriakan lagi program yang dilaksanakan.
Dalam program ini juga YAB. Menteri Besar sempat memberi berbagai sumbangan kepada warga Manir yang difikirkan layak.

Program yang bermula seawal pagi berakhir di Pejabat PPD Manir, Pulau Bahagia Pada jam 12.00 malam dengan majlis kemuncak iaitu Majlis Perasmian Pusat Rawatan Percuma Yusof bin Awang Hitam. Dan acara terakhir persembahan kebudayaan dari artis popular yang di undang khas bagi menyerikan lagi majlis.

Moga-moga Program seumpama ini dapat merubah DUN Manir kearah kecemerlangan di bawah kepimpinan En. Yusof bin Awang Hitam selaku Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Manir juga sebagai Pegawai Pembangunan DUN Manir yang bertanggung jawab dalam mentadbirkan DUN Manir agar tercapai wawasannya "MANIR MAJU 2015".

Dan kita juga berharap semoga program seumpama ini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa demi memenangi hati rakyat.
Dan Pada YAB. Dato' Menteri Besar, semoga Dato' tidak akan jemu untuk terus menabur bakti pada rakyat di DUN Manir, kerana YAB Dato' adalah menteri Besar Rakyat.


"MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"




BINJAI MANIS - Jam 9.00 pagi.


Pintu gerbang ke tapak Perasmian - Kampung Binjai Manis.



Berucap - YAB. Menteri Besar memberi Ucapan dalam majlis Peramsmian Program.






















YAB. Menteri Besar turut sama dalam gotong royong memaku atap.



Menjamu selera setelah selesai gotong- royong.





KUBANG BUJUK - Jam 10.10 pagi.








YAB. Menteri Besar menyampaikan Hamper kepada warga kurang upaya,
warga emas dan warga miskin di kampung Kubang Bujuk.





KUBANG TEPAK - Jam 10.20 pagi.


Cakna - YAB. Menteri Besar beramah mesra dengan warga emas sambil
bertanya khabar.





YAB. Menteri Besar menyampaikan hamper serta sedikit sumbangan
kepada seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit jantung.





Menjamu selera.





PADANG MACHANG - 10.45 pagi.
Majlis Perasmian Balairaya.




























PADANG TENGIR - Jam 11.00pagi.


YAB. Menteri Besar memaku atap rumah salah seorang penduduk
dikampung Padang Tengir.




Penduduk kampung yang hadir meraikan kedatangan Menteri Besar.



Hai makan sorang nampak......!!!






DURIAN MAS - 11.10 pagi.








Memberi sumbangan kaki palsu dan kerusi roda kepada
seorang warga kurang upaya di kampung Durian Mas.




PPD mengambil kesempatan melihat kaki palsu yang disumbangkan oleh MB.







TELUK MENARA - 11.30 pagi.








PULAU MANIS - 12.10 tengahari.















PAKR BATU HAMPAR - 12.40 tengahari.


















Menjamu selera - Menimati buah-buahan sambil minum air kelapa muda
di dataran Pasir PAKR Batu Hampar.







MASJID AL RIDHA MANIR - 2.15 petang.




YAB. Menteri Besar di Masjid Al Ridha, Manir untuk menunaikan solat jumaat.






Menandatangi buku pelawat.











KAMPUNG KOTA - 2.15 petang.




















KAMPUNG BANGGOL- 2.30 petang.

Majlis Perasmian Balairaya Kampung Banggol, Manir.








YAB. Menteri Besar menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan pada penerima
bantuan JKM.

















KAWASAN KEMALANGAN (TELUK MENARA) - 3.00 petang.


Dalam konvoi YAB. Menteri Besar ke Jeti Pasir Tebakang telah berlaku satu kemalangan jalanraya yang agak teruk juga kerana ada di antara mereka yang cedera parah, kemalangan ini melibatkan 2 buah kenderaan (Proton Pesona VS Proton Pesona).Konvoi MB. terhalang buat seketika.

namun yang mengkagumkan, bila YAB. Menteri Besar sendiri mengambil peranan membantu mangsa kemalangan, Dengan menggunakan pancuan empat Roda Milik kerajaan Negeri yang mengiringi beliau diarah menghantar mangsa yang cedera ke hospital.

Ini jelas menampakan satu gambaran betapa prihatinnya dan caknanya YAB. Menteri Besar terhadap rakyat. Inilah yang dikatan Pemimpin berjiwa rakyat.

Setelah suasana di situ tenang barulah YAB. Menteri Besar meneruskan semula konvoi ke Pasir Tebakang.


YAB. Mengarahkan kakitangannya menghantar mangsa yang cedera dihantar
ke Hospital dengan kenderaan Pancuan 4 Roda Setiausaha Kerajaan Negeri.









Keadaan kenderaan yang rosak teruk.










JETI PASIR TEBAKANG - 3.30 petang.


















YAB. Menteri Besar menaiki Bot untuk pergi ke Dataran Pasir Pulau Bahagia.









DATARAN PASIR PULAU BAHAGIA - 3.55 petang.

Program sukan rakyat diadakan sempena Program 1 hari 1 malam YAB. Menteri Besar bersama rakyat DUN Manir.



















Artis jemputan mengambil kesempatan menyaksikan sukaneka bersama YAB.
Menteri Besar.







YAB. Menteri Besar menjadi Pengadil dalam acara tarik tali yang melibatkan
RELA dan Pihak Penyelaras.






Aksi YAB. Menteri Besar dalam pelawan bola sepak Menentang Pihak Penyelaras.













MASJID KAMPUNG BATU HAMPAR - 7.25 malam.

YAB. Menteri Besar menunaikan Solat Magrib di Masjid Kampung Batu Hampar.


YAB. Disambut oleh Jemaah Masjid Batu Hampar






YAB. Memberi ucapan selepas selesai solat.






YAB. Menteri Besar sedang berbincang dengan barisan kepimpinan Kampung
Batu Hampar berkaitan Masjid yang rosak
.











MASJID PADANG UJIB - Jam 8.41 malam.

YAB. Menteri Besar menunaikan Solat Insyak di Masjid Kampung Padang Ujib.



















PEJABAT PEMBANGUNAN DUN, PULAU BAHAGIA - Jam 9.00 malam.

KEMUNCAK PROGRAM MAJLIS PERASMIAN
PUSAT RAWATAN
PERCUMA YUSOF BIN AWANG HITAM





Ceramah - Ustaz kamal Saidin sedang memberi ceramah.



PPD - Memberi ucapan alu-aluan.



YAB. MB - Ucapan perasmian Pusat Rawatan percuma Yusof bin Awang Hitam.






YAB. Menteri Besar menyampaikan buku akaun kepada anak yatim,
sumbangan En. Yusof bin Awang Hitam.









Doa - Tuan Haji Shamsuddin mengaminkan doa sempena
Majlis Perasmian Klinik.







Noraniza Idis menyampaikan lagu pada peminat.



Nyanyian Bob AF4 yang begitu hebat.



Turut serta penyanyi tempatan, Lokman dari kampung Pulau Manis.



Ramlah Ram nyanyian memukau penonton.


Begitu hebat sekali Isteri Penghulu Mukim Pulau Bahagia
berduet dengan Uji Rashid mendendankan lagu.




Para penonton yang tak jemu menunggu.






HULU TERENGGANU HARI INI